SYARAT DAN CARA MEMOHON BIASISWA PINJAMAN DALAM
SISTEM e-SCHOLARSHIP
1. | Bagaimana Permohonan Boleh Dibuat | |
Permohonan dibuat secara percuma dengan mengemukakan permohonan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://esholarship.sarawak.gov.my |
||
Laman web yang boleh dilayari ialah :- |
||
2 | Bila Permohonan Dibuka | |
Iklan bagi permohonan akan dikeluarkan selepas keputusan bagi tawaran kemasukan ke IPTA diterima. Sila rujuk iklan melalui akhbar-akhbar tempatan atau melayari laman web seperti di para. 1 dari semasa ke semasa. |
||
3 | Tarikh Tutup Permohonan | |
Sila semak tarikh tutup permohonan melalui laman web http://escholarship.sarawak.gov.my atau melalui iklan ang diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan. |
||
4 | Syarat Permohonan | |
Tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak adalah terbuka kepada para pelajar baru yang melanjutkan pelajaran atau yang sedang dalam pengajian di mana-mana institute pengajian tinggi awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak selaku urusetia akan mempertimbangkan permohonan bagi pemberian biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:- |
||
|
||
Kadar biasiswa merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Pengangkutan dan Elaun Buku, Pakaian dan lain – lain. | ||
5 | Cara Memohon | |
5.1 |
Buka pelayar laman web dan taipkan alamat web berikut: http://escholarship.sarawak.gov.my; |
|
5.2 |
Untuk mendaftar, klik pada log masuk ”Pemohon Baru” untuk mendaftar; |
|
5.3 | Masukkan maklumat di dalam borang pendaftaran; Maklumat Peribadi dan klik butang ”Simpan” untuk mendaftar; Sila tunggu pengesahan pendaftaran anda. Jika berjaya anda akan dimaklumkan serta merta. |
|
5.4 |
Setelah pendaftaran berjaya, log masuk menggunakan ”ID Pemohon” dan ”Kata Laluan” pada Daftar Masuk dan klik ”Masuk”; |
|
5.5 |
Klik pada ”Butiran Pemohon” dan lengkapkan borang pendaftaran seperti berikut: |
|
|
||
5.6 |
Klik pada ”Butiran Keluarga/Isirumah” dan lengkapkan borang Tanggungan Ibubapa/Penjaga Pemohon Sendiri dan Butiran Isi Rumah Yang Bekerja; |
|
5.7 |
Klik pada ”Permohonan” dan jika ada tawaran permohonan dibuka, klik pada ”Permohonan Baru”. Lengkapkan borang pendaftaran permohonan dan klik ”Simpan”; |
|
5.8 | Pastikan anda sentiasa menyemak ”Semak Status Permohonan” untuk melihat status permohonan anda. | |