SESI AUDIT SCORECARD PENTADBIRAN AWAM NEGERI SARAWAK TAHUN 2025
Posted on 18 Feb 2025
Source of News: berita Aktiviti SPANS
18 Februari 2025, KUCHING – Sesi Audit Scorecard Pentadbiran Awam Negeri Sarawak 2025 di SPANS telah dilaksanakan oleh pihak Juruaudit
Scorecard Negeri Sarawak yang diketuai oleh Puan Lolitta anak Jalan dan Encik Abang Abdul Rahman bin Salihin bagi pelaksanaan Balanced Scorecard (BSC) SPANS tahun 2024.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua warga SPANS kerana berjaya meraih markah cemerlang. Semoga pencapaian ini akan menjadi pendorong kepada semua warga SPANS untuk meraih keputusan yang lebih baik.
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.
Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.
Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280) Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351) Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251) Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)