SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) SERTA JAWAPAN BAGI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK (SPANS)
Pengambilan,Kenaikan Pangkat dan Perkhidmatan
Semua pemohon yang telah berdaftar dengan Sistem e-recruitment akan dipertimbangkan untuk ditemu duga sekiranya; a. Terdapat kekosongan jawatan yang dipohon: b. Memenuhi syarat skim perkhidmatan jawatan yang dipohon; dan c. Melepasi tapisan asas dan merit yang ditetapkan.
Antara sebab pemohon tidak dipanggil temu duga adalah seperti yang berikut: a. Tiada urusan pengambilan disebabkan oleh tiada laporan kekosongan jawatan yang dikemukakan dari Jabatan/Agensi/Kementerian kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS); b. Permohonan yang dikemukakan oleh pemohon tidak lengkap dan tidak berjaya didaftarkan dalam bank data SPANS; c. Pemohon tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan dalam iklan atau skim perkhidmatan bagi jawatan yang dipohon; dan d. Pemohon tidak melepasi tapisan asas dan merit yang ditetapkan oleh Suruhanjaya.
Pemohon yang tidak menghadiri temu duga tidak akan disenaraihitamkan.
Tiada tempoh yang ditetapkan bagi panggilan temu duga selepas mendaftar di dalam sistem e-Recruitment. Data-data permohonan akan disimpan di dalam Bank Data Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) dan ditapis setelah menerima laporan pengisian kekosongan jawatan dari Jabatan/Agensi/Kementerian. Pemohon yang melepasi tapisan semasa akan dipanggil untuk menghadiri ujian atau temu duga berdasarkan jawatan yang dipohon.
Calon perlu membawa diploma dan transkrip semasa menghadiri temu duga walaupun jawatan tersebut hanya mensyaratkan kelulusan SPM sahaja kerana berdasarkan panggilan surat temu duga, calon perlu membawa semua kelayakan akademik yang telah diperoleh.
Calon boleh merujuk pautan Panduan Pemohon dalam laman e-Scholarship bagi Panduan Menghadiri Temu Duga BKPNS untuk mendapatkan senarai semak dokumen yang diperlukan.
Boleh, pemohonan akan dipertimbangkan bersama-sama dengan calon lain yang layak.
Permohonan anda akan dipertimbangkan dan atas kebenaran daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. Sekiranya anda dilantik dalam perkhidmatan, lantikan anda dianggap sebagai lantikan baharu dan anda tidak layak atau berhak untuk menuntut mana-mana tempoh perkhidmatan, saraan dan kemudahan terdahulu.
Sijil-sijil dan dokumen-dokumen asal serta salinan yang telah disahkan seperti berikut: a. Kad Pengenalan b. Gambar Berukuran Pasport c. Sijil Lahir d. Sijil-sijil Akademik (PMR, SPM dan sijil yang berkaitan) e. Sijil Berhenti Sekolah f. Buku Tamat Perkhidmatan dalam Angkatan Tentera/Polis (bagi bekas Tentera/Polis) g. Lain-lain dokumen/sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan tuan/puan.
Maklumat di bahagian “Pegawai Sedang Berkhidmat” hanya boleh dikemas kini melalui Sistem GEMS. Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai sumber manusia di jabatan tuan/puan untuk mengemas kini maklumat sekiranya terdapat kesilapan atau perubahan.
Ya, pegawai yang sedang dalam siasatan boleh dipertimbangkan dalam urusan kenaikan pangkat.
Tempoh sah laku calon simpanan adalah selama satu (1) tahun sahaja.
Keputusan temu duga akan dikeluarkan dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh Mesyuarat Keputusan Temu Duga dilaksanakan.
Ya, pegawai yang sedang dalam tempoh melanjutkan pelajaran layak dalam urusan kenaikan pangkat sekiranya pegawai tersebut telah memenuhi kesemua kriteria untuk kenaikan pangkat.
Keputusan temuduga kekosongan jawatan kenaikan pangkat disampaikan kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak (SUK) dan Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (KKAPKTS) dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas Suruhanjaya mengesahkan keputusan tersebut.
Ya, calon temu duga boleh membuat tuntutan perjalanan atas urusan rasmi.
PJawatan kosong Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak diiklankan sekurang-kurangnya sekali setahun.
Seseorang Penjawat Awam adalah layak untuk disahkan dalam perkhidmatan sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut: i) Telah berkhidmat dalam tempoh percubaan selama satu (1) hingga tiga (3) tahun; ii) Hadir dengan jayanya kursus induksi umum; iii) Lulus peperiksaan yang ditetapkan; iv) Laporan penilaian prestasi tahunan bagi satu (1) hingga tiga (3) tahun yang memuaskan (60% ke atas); v) Bebas dari siasatan salah laku dan tindakan tatatertib; dan vi) Diperakukan oleh Ketua Jabatan Bagi pegawai yang sedang dalam tempoh pelanjutan, perakuan pengesahan boleh dibuat selepas pegawai tersebut memenuhi syarat.
Antara dokumen yang diperlukan untuk pengesahan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen adalah seperti yang berikut: i) PSC Form 10 [PSC 10.(1/2016)] - Borang Perakuan Pengesahan Dalam Perkhidmatan dan Pemberian Taraf Berpencen. ii) Form C (Pemilihan Skim Pencen atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. iii) Salinan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (C.M.O 13).
Pemberian taraf berpencen layak diberikan kepada pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan (menolak Skim KWSP) dan telah berkhidmat genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira.
Pelanjutan Tempoh Percubaan boleh diluluskan oleh Suruhanjaya seperti berikut : (i) Pelanjutan selama satu tahun untuk permohoan kali pertama tanpa denda (ii) Pelanjutan selama satu tahun untuk permohonan kali kedua sama ada dengan denda atau tanpa denda dan terakhir Merujuk kepada Perintah Am 27 (8) Perintah-Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri, 1996 & Surat Pekeliling (Perj. Bil 30/2007)
Perakuan kelulusan Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP) disampaikan dalam tempoh 10 hari bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen.
Perakuan kelulusan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) disampaikan dalam tempoh 10 hari bekerja tertakluk kepada kelengkapan dokumen.
Dasar,Kualiti,ICT dan Perhubungan Korporat
Semua aduan yang diterima diberi Akuan Penerimaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
Semua aduan yang diterima dikemukakan maklum balas dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
