Forum Ekonomi Dun Lingga 2026 telah membuka tirainya dengan penuh semangat dan keterlibatan masyarakat setempat. Dalam suasana yang meriah, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) turut mengambil bahagian melalui booth khas Erecruitment, yang menjadi tumpuan para pengunjung.
Booth ini menyediakan ruang interaktif bagi orang ramai untuk berjumpa secara langsung dengan anggota pasukan SPANS, sekali gus mendapatkan pencerahan mengenai peluang-peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak. Kehadiran SPANS di forum ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluas akses maklumat, memperkukuh jaringan dengan masyarakat, serta memberi inspirasi kepada generasi muda untuk menceburi bidang perkhidmatan awam.
