Kunjungan Hormat SPANS ke Civil Service College Singapore
Disiarkan pada 01 Aug 2024
Sumber Berita: berita aktiviti SPANS
Hari kedua jejak pembelajaran SPANS di Perkhidmatan Awam Singapura. Kunjungan hormat SPANS ke Civil Service College Singapore telah diadakan pada 30 Julai 2024. Rombongan telah disambut dan diraikan oleh Mr. Roger Tan, Assistant CEO (International) Civil Service College dan Mr Christopher Pragasam, Director Leadership Development and International Relations, Public Service Division, Prime Minister's Office (PMO).
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.
Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.
Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280) Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351) Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251) Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)