Mesyuarat Teknikal Bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

Disiarkan pada 09 Apr 2026
Sumber Berita: berita Aktiviti SPANS
Satu sesi mesyuarat teknikal bersama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) telah diadakan pada 9 April 2026 (Khamis), di pejabat KPT di Putrajaya. Rombongan SPANS yang diketuai oleh Tuan Haji Husini bin Bakir, Setiausaha SPANS turut disertai oleh wakil daripada pihak Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam, Jabatan Premier Sarawak dan SAINS.
Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan inisiatif integrasi data rekod akademik institusi pengajian tinggi ke dalam sistem eRecruitment.
Pihak SPANS ingin berterima kasih kepada pihak KPT atas kesudian menerima rombongan SPANS bagi sesi mesyuarat pagi ini. Diharapkan inisiatif ini dapat memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua belah pihak.



image Pengumuman