Kontijen dari SPANS telah menyertai Majlis Perhimpunan & Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1446h/2024M yang diadakan di Dataran Pehin Setia Raja, Mukah
PEMAKLUMAN PEMBERHENTIAN SEMENTARA BAYARAN BALIK BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)
Adalah dimaklumkan bahawa Pengurusan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) akan diambil alih oleh Yayasan Sarawak berkuatkuasa 1 Jun 2025. Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) akan menghentikan sementara Perkhidmatan Bayaran Balik BPKNS mulai 1 April 2025 sehingga 31 Mei 2025. Penutupan ini adalah bagi melancarkan proses perpindahan BPKNS kepada Yayasan Sarawak.
Bermula 1 Jun 2025, pembayaran balik boleh dibuat terus kepada Yayasan Sarawak melalui saluran pembayaran disediakan oleh Yayasan Sarawak. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Seksyen Bayaran Balik Yayasan Sarawak di talian 082-441686.