Pada 29 Julai 2026, delegasi SPANS yang diketuai oleh YBhg. Datu Kameri bin Haji Affandi, Pengerusi SPANS, telah mengadakan lawatan kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Pahang (SPANP) di Bilik Gerakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Wisma Sri Pahang. Delegasi telah disambut mesra oleh Pengerusi SPANP, YH. Dato' Sri Haji Zulkifli bin Haji Yaacob serta warga SPANP.
