Pada 29 Julai 2024, SPANS telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Singapura, Mr. Lee Tzu Yang. Rombongan ini diketuai oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), YBhg. Datu Dr. Muhammad Abdullah bin Haji Zaidel, mewakili Setiausaha Kerajaan Sarawak. Rombongan ini dihadiri bersama Setiausaha Kewangan Negeri, YBhg. Dato Sri Dr. Wan Lizozman bin Wan Omar, wakil Pengarah Unit Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia (UPPSM), Jabatan Premier Sarawak serta
pihak Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak (SAGC).