Pada 30 Jun 2026, rombongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS), yang diketuai oleh Pengerusi SPANS, YBhg. Datu Kameri bin Haji Affandi, telah mengadakan sesi libat urus bersama Jabatan Kerajaan Negeri Sarawak di Kompleks Kerajaan Negeri Bahagian Kapit.
Sesi ini khusus diadakan untuk memahami dan menangani cabaran pengurusan sumber manusia di kawasan luar bandar demi memastikan penyampaiaan perkhidmatan awam yang terbaik.
SPANS sentiasa berkomited dalam memandu pengurusan bakat yang inklusif dan saksama di seluruh pelosok Sarawak.
