Pada 3 Ogos 2026, delegasi SPANS yang diketuai oleh YBhg. Datu Kameri bin Haji Affandi, Pengerusi SPANS, telah mengadakan Lawatan Kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di Bilik Mesyuarat SPA Malaysia, Tingkat 13, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62000 Putrajaya, Malaysia. Delegasi telah disambut mesra oleh Pengerusi SPA Malaysia, YBhg. Dato' Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus serta warga SPA Malaysia.