Latar Belakang SPANS


 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah diwujudkan dalam tahun 1961 di bawah The Sarawak (Public Service Commission) Order in Council, 1961 dan berfungsi untuk menasihati Governor selaras dengan Order in Council tersebut dan apa-apa juga peraturan yang dibuat dari semasa ke semasa sehingga 15 September 1963. 

Pada 16 September 1963, iaitu tarikh penubuhan Malaysia, selaras dengan Artikel 35, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Sarawak (G.N.S. 163/63) maka SPANS telah menjadi sebuah badan eksekutif sepenuhnya.

Di bawah Artikel 35(1), keanggotaan SPANS terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tidak kurang dari empat (4) dan tidak lebih dari sembilan (9) orang ahli.

Urusan harian SPANS dibantu oleh Urusetia yang dianggotai oleh kakitangan kerajaan negeri diketuai oleh seorang Setiausaha.

Mengikut Artikel 36(1), perlembagaan yang sama, SPANS adalah sebuah badan bebas yang dipertanggungjawabkan dengan tugas-tugas seperti berikut:

 
   
  • Pelantikan;

  • Pengesahan dalam jawatan;

  • Pemberian taraf tetap dan berpencen;

  • Kenaikan pangkat;

  • Perpindahan tempat bertugas;

  • Mengawal disiplin kakitangan perkhidmatan awam negeri Sarawak

 
  Selain daripada itu, SPANS juga dipertanggungjawabkan di bawah Artikel 39(3), perlembagaan yang sama, untuk mengendali dan menganugerah biasiswa/pinjaman kepada pelajar-pelajar yang memohon untuk mengikuti berbagai kursus dan latihan akademik sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan. 

Bermula pada 1 Julai 2000, dengan berkuatkuasanya Local Authority Service Regulations 2000, SPANS merupakan kuasa melantik, mengesahkan dalam jawatan, menaikkan pangkat dan mengawal disiplin kakitangan pihak berkuasa tempatan. Ini selaras juga dengan 
Public Service Commision (Additional Functions) Ordinance, 2001.
 



 

   PERWAKILAN KUASA

 

  Kuasa SPANS telah melalui beberapa perubahan dalam bentuk Arahan SPA (Perwakilan Kuasa) kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Jabatan melalui kuasa di bawah Artikel 36(6), Perlembagaan Negeri Sarawak. Rekod menunjukkan ini telah berlaku sejak 1963. Antaranya adalah seperti berikut:  

 

  1967 Appointments and promotions in all departments (except the Sarawak Administrative Service and the General Clerical Service) to non-established posts in Division III with a salary scale of less than $415 a month and to established and non-established posts in Division IV have been delegated to the State Secretary and Heads of Departments.
 
 
  1972:     SS to make temporary appoinments on a month-to-month basis to non-establishment posts for a period not exceeding 6 months, where the salary of the person appointed is not to exceed $660 a month (pre-Suffian).

SS to make temporary appoinments on a month-to-month basis to pensionable posts for a period not exceeding 6 months, where the salary of the person appointed is not to exceed $660 a month (pre-Suffian).

 
 
  1983 SS to appoint returning Government scholars including holders of Yayasan scholarship, scholarship loan and student loan, either with recognised degrees or diplomas to fill either permanent or temporary posts which are commensurate with their qualifications on temporary month-to-month basis for a period not exceeding 12 months.

HoD to appoint candidates on a temporary month-to-month basis to fill Timescale permanent or temporary posts in Group C or D.

 
 
  1992:     SS to make permanent appointments to pensionable and non-established posts in Group D.
 
 
  1998:     SS to make permanent appointments to pensionable and non-established posts in Group A.   

                                 

                   Arahan SPA (Perwakilan Kuasa), 2004


 

  (a)    Perwakilan Kuasa Kepada Ketua Jabatan (termasuk SUK & SUT)  
  (i)   melantik mana-mana orang di dalam mana-mana jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri di jabatan masing-masing bagi Gred 27 dan ke atas (selain daripada jawatan Timbalan Pengarah atau Penolong Pengarah) sama ada jawatan bertaraf Tetap dan Berpencen, Tetap dan Tidak Berpencen, atau pelantikan secara kontrak atau secara sementara;
 
 
  (ii)   untuk menamatkan pelantikan perkhidmatan mana-mana pegawai yang dilantik di subperenggan (i) di atas yang masih di dalam tempoh percubaan;
 
 
  (iii)   melanjutkan tempoh percubaan pegawai yang dilantik selama mana perlanjutan tempoh tersebut tidak melebihi tempoh yang disyaratkan dalam Perintah Am Perkhidmatan Awam Negeri 1996 (Swk. L.N.1/96); dan
 
 
  (iv)   melantik dan menamatkan pelantikan memangku atau menjalankan tugas mana-mana pegawai di dalam Perkhidmatan Awam Negeri di Jabatan masing- masing (kecuali jawatan Timbalan Pengarah), sama ada atau tidak menjalankan tugas jawatan hakiki pegawai tersebut, tetapi tidak melebihi 180 hari bekerja kecuali setelah mendapat kelulusan SPAN.  

 

 

 

  (b)    Perwakilan Kuasa Kepada Setiausaha Kerajaan Negeri  
  (i)   mengesahkan pelantikan mana-mana jawatan pegawai gred 27 dan ke atas [selain daripada jawatan yang dilantik di bawah Artikel 11 atau yang dilantik di bawah Artikel 36(4), Perlembagaan Negeri Sarawak]; dan
 
 
  (ii)   menukar mana-mana pegawai awam negeri dari satu Kementerian atau Jabatan ke Kementerian atau Jabatan yang lain atau sebaliknya, tanpa melibatkan penurunan pangkat.  

 

 

 

 
picture Pengumuman