Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) telah mengadakan Program Ujian Air Kencing bertujuan untuk mengesan dan menghalang penyalahgunaan dadah di kalangan warga SPANS.
SPANS dengan bangga mengumumkan bahawa semua ahli-ahli pasukan SPANS telah disahkan negatif dari semua jenis penyalahgunaan dadah. Ini membuktikan komitmen ahli-ahli pasukan SPANS terhadap tempat kerja yang sihat dan bebas dari ikatan dadah berbahaya.
SPANS Bebas Dadah