lawatan kerja dengan kunjungan ke bangunan baharu Pusat Pentadbiran Bersepadu Sarikei (Integrated Administrative Centre, IAC Sarikei).

Disiarkan pada 12 Nov 2025
Sumber Berita: berita Aktiviti SPANS
Pada 12 November 2025, delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah meneruskan siri lawatan kerja dengan kunjungan ke bangunan baharu Pusat Pentadbiran Bersepadu Sarikei (Integrated Administrative Centre, IAC Sarikei).
Delegasi ini telah disambut dengan penuh mesra oleh warga IAC yang diketuai oleh YBhg. Datu Michael Ronnie Langgong, Residen Sarikei. Lawatan ini bukan sahaja memberi peluang kepada SPANS untuk meninjau kemudahan baharu yang disediakan di IAC Sarikei, tetapi juga menjadi wadah penting untuk memahami peranan pusat pentadbiran ini dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam di daerah.

No photo description available.


image Pengumuman