Lawatan ke Perbadanan Putrajaya

Disiarkan pada 28 Oct 2025
Sumber Berita: berita Aktiviti SPANS
Delegasi Majlis Bersama Jabatan SPANS telah mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Putrajaya. Rombongan SPANS diketuai oleh Encik Mohamad Lotfi bin Haji Tuah, Setiausaha SPANS telah disambut mesra oleh Encik Mohd Musabri bin Shaharom, Pengarah Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi, bersama barisan pegawai kanan Perbadanan Putrajaya.
Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara agensi serta meneroka amalan terbaik yang telah menjadikan Putrajaya sebagai contoh unggul dalam pentadbiran bandar yang cemerlang, moden dan lestari.

No photo description available.


image Pengumuman