SPANS BARIO HIGHLAND OUTREACH

Disiarkan pada 27 Apr 2026
Sumber Berita: berita Aktiviti SPANS

Pada 27 April 2026 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah berjaya menganjurkan program Bario Highland Outreach di Bario, Miri di bawah naungan Pengerusi SPANS, Datu Kameri bin Haji Affandi.

Majlis ini telah disempurnakan dengan penuh penghormatan oleh Yang Berhormat Datuk Gerawat Gala, Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek).

Program ini menjadi wadah penting untuk memperkukuh hubungan dengan masyarakat pedalaman, meningkatkan kefahaman mengenai peranan SPANS, serta membuka ruang kepada generasi muda Bario untuk mengenali peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam negeri. Turut serta adalah pihak dari Centex Sarawak dan Yayasan Sarawak.

May be an image of text


May be an image of text

May be an image of one or more people, people studying and text
 



image Pengumuman