Sesi Temuduga Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Secara Atas Talian (ZOOM)
Posted on 10 Aug 2024
Source of News: berita SPANS
Sesi temu duga secara atas talian juga sedang berlangsung di pejabat SPANS bagi 20 calon yang berjaya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke IPTA di Malaysia. Ini merupakan satu inisiatif digital SPANS dalam memudahkan urusan temuduga BPKNS untuk memberi peluang kepada calon yang mendepani cabaran untuk hadir secara fizikal ke tempat temuduga.
PEMAKLUMAN PEMBERHENTIAN SEMENTARA BAYARAN BALIK BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)
Adalah dimaklumkan bahawa Pengurusan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) akan diambil alih oleh Yayasan Sarawak berkuatkuasa 1 Jun 2025. Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) akan menghentikan sementara Perkhidmatan Bayaran Balik BPKNS mulai 1 April 2025 sehingga 31 Mei 2025. Penutupan ini adalah bagi melancarkan proses perpindahan BPKNS kepada Yayasan Sarawak.
Bermula 1 Jun 2025, pembayaran balik boleh dibuat terus kepada Yayasan Sarawak melalui saluran pembayaran disediakan oleh Yayasan Sarawak. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Seksyen Bayaran Balik Yayasan Sarawak di talian 082-441686.