Pada 16 April 2025, Seramai 26 orang ahli delegasi dari SPANS yang diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Hajah Sabariah Putit,Pengerusi SPANS telah disantuni oleh YBrs Encik Ma Sivanesan a/l Marimuthu @ Muthiah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Digital).
Taklimat mengenai peranan, fungsi dan pelan strategik Kementerian telah disampai kepada delegasi SPANS semasa lawatan tersebut.
