Lawatan ke Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS)

Posted on 13 Nov 2025
Source of News: berita Aktiviti SPANS
Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) menjadi destinasi seterusnya dalam siri lawatan kerja Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS). Kehadiran delegasi yang dipimpin oleh YBhg. Datu Kameri bin Affandi telah disambut mesra oleh warga MLBS di bawah pimpinan YBhg. Encik Sempurai anak Petrus Ngelai, Pengerusi MLBS.
Kunjungan ini memberi ruang untuk SPANS meninjau secara dekat peranan MLBS dalam mengurus tadbir kawasan luar bandar serta mendengar pandangan mengenai cabaran semasa. Pertemuan ini turut membuka peluang kerjasama baharu dalam memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat luar bandar.

No photo description available.


image Pengumuman