Lawatan Kerja ke Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
Disiarkan pada 02 Dec 2024
Sumber Berita: berita SPANS
Delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS), diketuai oleh YBhg. Datu Dr. Hjh. Sabariah Putit, Pengerusi SPANS, telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia di Putrajaya. YBhg. Dato' Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus, Pengerusi SPA Malaysia, telah menyantuni Pengerusi SPANS & rombongan dalam satu sesi ta’aruf serta perbincangan isu-isu mendepani anggota perkhidmatan awam di peringkat Persekutuan & Negeri.
Iklan Kekosongan Jawatan: Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (MPHLG)
Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak mempelawa permohonan daripada anak kelahiran Sarawak, warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak, atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak, bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan di kementerian ini.