Kunjungan Hormat Pengarah (OUM) di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
Disiarkan pada 13 Mar 2025
Sumber Berita: berita Aktiviti SPANS
SPANS telah berpeluang menyantuni Pengarah OUM Pusat Pembelajaran Kuching yang telah membuat kunjungan hormat di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) pada 13/3/2025.
Telah berlangsung sesi taklimat oleh Puan Hamimah binti Kipli, Pengarah OUM Kuching tentang peluang kerjasama dalam mempromosikan pembelajaran sepanjang hayat kepada warga SPANS dan juga sesi perbincangan mengenai peluang graduan OUM untuk menyertai pasukan Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (PANS). Kami percaya perkongsian maklumat telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.
SPANS mengucapkan jutaan terima kasih kepada OUM Kuching atas kunjungan ini.
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.
Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.
Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280) Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351) Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251) Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)