Kunjungan Hormat daripada Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS)
Disiarkan pada 15 Apr 2026
Sumber Berita: berita Aktiviti SPANS
Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) telah menerima kunjungan hormat daripada Yang Berusaha Kr. Abang Ismawi bin Abang Ali, Pengerusi Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), bersama rombongan. Pertemuan ini berlangsung dalam suasana penuh mesra dan hormat, menzahirkan komitmen kedua-dua pihak untuk memperkukuh hubungan kerjasama serta memperluas jaringan komunikasi antara SPANS dan MPKS.
