Pada 12 November 2025, delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) yang diketuai oleh YBhg. Datu Kameri bin Affandi, Pengerusi SPANS, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Majlis Daerah Sarikei.
Delegasi ini telah disambut dengan penuh mesra oleh Puan Lolita Jaime anak Nicholas Boyok, Setiausaha Majlis Daerah Sarikei, bersama-sama warga kerja Majlis Daerah Sarikei.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerja antara SPANS dan pihak berkuasa tempatan, di samping mendengar pandangan serta cabaran yang dihadapi di peringkat daerah. Selain itu, ia juga membuka ruang untuk meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan kapasiti perkhidmatan awam.
