Pada 13 November 2025, delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) yang dipimpin oleh YBhg. Datu Kameri bin Affandi, Pengerusi SPANS, telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Majlis Perbandaran Sibu (MPS). Ketibaan rombongan SPANS telah disambut dengan penuh mesra dan dihormati oleh YBhg. Kr. Clarence Ting Ing Horh, Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu, bersama-sama warga kerja MPS.
Lawatan ini menjadi wadah penting untuk memperkukuh hubungan kerja antara SPANS dan pihak berkuasa tempatan, di samping membuka ruang perbincangan mengenai cabaran serta peluang kerjasama dalam mempertingkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam di bandar Sibu.
