KUNJUNGAN HORMAT SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) MALAYSIA KEPADA SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK (SPANS)
Disiarkan pada 20 May 2025
Sumber Berita: berita Aktiviti SPANS
Pada, 20 Mei 2025, SPANS telah menerima kunjungan hormat dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia yang diketuai oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus. Pengerusi SPANS, telah menyantuni Pengerusi SPA Malaysia & rombongan dalam satu sesi perkongsian ilmu serta perbincangan isu-isu mendepani anggota perkhidmatan awam di peringkat Persekutuan & Negeri.
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.
Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.
Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280) Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351) Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251) Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)