Lawatan Kerja ke Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu
Disiarkan pada 04 Aug 2025
Sumber Berita: berita Aktiviti SPANS
Pada 4 Ogos 2025, delegasi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) yang diketuai oleh YBhg. Datu Kameri bin Affandi telah mengadakan lawatan kerja ke Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT). Delegasi kami telah disambut oleh YBhg. Dato' Haji Wan Adnan bin Wan Derahman, Ketua Pegawai Eksekutif PMINT.
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.
Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.
Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280) Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351) Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251) Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)