Lawatan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Disiarkan pada 17 Apr 2025
Sumber Berita: berita Aktiviti SPANS
Pada 17 April 2025 yang lalu, delegasi SPANS telah mengadakan satu lawatan ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya. Lawatan ini memberi peluang SPANS untuk menjalin hubungan strategik, mendalami nilai integriti, dan memperkasakan budaya tadbir urus yang beretika.
Lawatan ini juga turut disertai oleh YBhg. Dato Sri Abdul Ghafur Shariff, Ketua Ombudsman Sarawak dari pejabat Unit Integriti Dan Ombudsman Sarawak.
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.
Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.
Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280) Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351) Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251) Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)