Polls
Pengumuman

Garis Panduan Permohonan BPKNS

TUJUAN

Garis Panduan ini memastikan pemohon-pemohon yang memenuhi syarat permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) membuat permohonan mengikut prosedur permohonan dengan lengkap dan betul.    

SKOP

Garis Panduan ini dirujuk oleh pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat utama permohonan BPKNS.

Syarat-syarat utama permohonan BPKNS adalah seperti berikut:

  1. Pemohon merupakan anak jati Sarawak dan permastautin tetap di Negeri Sarawak;
  2. Terbuka kepada pelajar yang mengikuti program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Universiti Awam secara sepenuh masa sahaja;
  3. Khas untuk pelajar di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda sahaja;
  4. Terbuka kepada semua bidang pengajian KECUALI PENDIDIKAN (Perguruan) dan PERUBATAN sahaja; dan
  5. Telah mendapat surat tawaran daripada IPTA atau Universiti Awam

DEFINISI                                               

  1. Sistem e-scholarship merupakan Sistem Permohonan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS).  Pemohon juga boleh mengemaskini dan menyemak permohonan secara atas talian.
  2. Sarawak ID is your single online identity that provides you a simpler, easier, and more secure access to Sarawak Government digital services.

PANDUAN PERMOHONAN BPKNS

  1. Pemohon wajib mendaftar akaun Sarawak ID sebelum membuat permohonan BPKNS.
  2. Permohonan BPKNS terdiri daripada 7 bahagian yang perlu diisi dengan lengkap dan tepat.

PENDAFTARAN AKAUN SARAWAK ID

  1. Hanya untuk pemohon yang belum mempunyai akaun Sarawak ID.
  2. Layari laman e-scholarship https://escholarship.sarawak.gov.my
  3. Klik “Daftar” pada sebelah kanan atas laman, anda akan dibawa ke Pendaftaran Sarawak ID.  
  4. Pilih "MyKad” dan lengkapkan semua butiran yang diperlukan.  Terdapat 5 proses pendaftaran iaitu:
    • Profil anda
    • Maklumat pilihan
    • Pengesahan telefon mudah alih
    • Emel
    • Pendaftaran lengkap

       Tip:

  • Pastikan Sarawak ID anda mudah diingati.
  • Gunakan perkataan rahsia yang mudah untuk diingati.
  • astikan alamat emel dan nombor telefon yang didaftarkan adalah aktif.
      5. Setelah lengkap, masukkan alamat emel untuk tujuan pengesahan / pengaktifan akaun Sarawak ID.
      6. Pautan untuk mengaktifkan akaun Sarawak ID akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan.
      7. Klik pada pautan tersebut untuk mengesahkan akaun anda (Pendaftaran Berjaya)

PERMOHONAN BPKNS (7 BAHAGIAN)

  1. Permohonan BPKNS hanya boleh dibuat semasa tempoh permohonan dibuka. Tempoh permohonan BPKNS akan dibuka selama 14 hari termasuk Sabtu /Ahad/ Cuti Umum.
      2. Layari laman e-scholarship https://escholarship.sarawak.gov.my
  • Klik Log masuk pada sebelah kanan atas laman;
  • Pilih Akaun Peribadi;
  • Log masuk dengan menggunakan akaun Sarawak ID;
  • Klik teruskan dan sahkan imej rahsia (Klik ya pada imej rahsia yang telah dipilih semasa pendaftaran Sarawak ID);
  • Masukkan kata laluan Sarawak ID dan klik log masuk;
  • Klik pada Mohon Sekarang (Kotak Biru)
  • Bagi yang sudah mempunyai akaun e-scholarship sebelum ini, klik pada Permohonan Baru (Menu di sebelah kiri).

BAHAGIAN 1       KURSUS PENGAJIAN

  • Isikan butiran kursus pengajian berikut seperti dalam surat tawaran pemohon
            1. Nama Institusi;
            2. Bidang Pengajian;
            3. Kursus Pengajian.
            4. Tarikh Kemasukan;
            5. Tempoh Pengajian.
  • Klik teruskan sekiranya telah lengkap diisi.  Simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 2       MAKLUMAT PERIBADI

  • Maklumat peribadi dijana secara automatik daripada pendaftaran akaun Sarawak ID pemohon.  Kemaskini butiran sekiranya terdapat maklumat yang masih belum lengkap. 
  • Muat naik gambar profil pemohon.  Gunakan gambar berukuran saiz passport.  
  • Kemaskini status pemohon.  
  • Pastikan maklumat perhubungan pemohon yang dijana secara automatik daripada pendaftaran akaun Sarawak ID adalah lengkap dan betul.
  • Semak semua maklumat dan pastikan semua medan bertanda * telah diisi dengan lengkap.  
  • Klik teruskan untuk ke bahagian seterusnya atau simpan sebagai draf sekiranya pemohon belum meneruskan permohonan. 

BAHAGIAN 3       BUTIRAN AKADEMIK

  • Isi butiran akademik dengan sijil tertinggi atau terkini pemohon.

Pemohon Diploma

  • Bagi Pemohon yang baru ditawarkan kemasukan ke IPTA, sila isikan butiran akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf.
  • Pastikan pemohon mengisi minimum lapan (8) subjek iaitu lima (5) subjek teras berikut dan tiga (3) subjek lain yang terbaik:
              1. Bahasa Malaysia;
              2. Bahasa Inggeris;
              3. Matematik;
              4. Sejarah;
              5. Pendidikan Islam/ Pengetahuan Moral.
  • Klik butang (+) untuk memasukkan mata pelajaran yang lain.
  • Bagi pemohon yang sedang berada dalam pengajian, sila isikan keputusan semester yang terkini.
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

Pemohon Ijazah Sarjana Muda

  • Bagi Pemohon yang baru ditawarkan kemasukan ke IPTA, sila isikan butiran akademik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / Diploma/ Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf.
  • Bagi pemohon lepasan STPM / STAM, sila isi minimum lima (5) subjek termasuk MUET dan Pengajian Am.
  • Bagi pemohon lepasan Diploma / Matrikulasi / Asasi atau yang setaraf, sila isi Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK).
  • Bagi pemohon yang sedang berada dalam pengajian, sila isikan keputusan semester terkini.
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 4       BUTIRAN IBU BAPA / PENJAGA (YANG MEMBIAYAI PENGAJIAN)

  • Isikan maklumat Ibu Bapa / Penjaga satu persatu.
  • Bagi pemohon yang berstatus anak ibu tunggal atau anak yatim, sila isikan maklumat Ibu atau bapa atau penjaga yang membiayai pengajian.
  • Maklumat nombor kad pengenalan hendaklah dimasukkan bersama sengkang (-).
  • Pilih “Tidak Berkenaan” bagi maklumat yang tidak berkaitan.
  • Lengkapkan semua medan yang bertanda *
  • Klik butang (+) untuk menambah butiran penjaga seterusnya (lebih daripada seorang).

Maklumat Pendapatan dan Perbelanjaan Bulanan

  • Sila isikan pendapatan kasar Ibu Bapa / Penjaga.  
  • Sila pastikan perbelanjaan bulanan diisi dengan jumlah perbelanjaan/ pinjaman secara bulanan dan bukannya secara tahunan atau jumlah keseluruhan pinjaman.  
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 5       BUTIRAN ADIK-BERADIK

  • Bahagian ini hanya diisi dengan maklumat adik-beradik yang masih di bawah tanggungan ibu bapa / penjaga iaitu yang belum bersekolah / sedang bersekolah / Orang Kurang Upaya / belum bekerja.
  • Klik butang (+) sekiranya terdapat lebih daripada seorang adik-beradik yang masih di bawah tanggungan ibu bapa / penjaga.
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 6       BUTIRAN LAIN  

Kegiatan Ko-Kurikulum

  • Sila isikan butiran kegiatan ko-kurikulum yang mempunyai pencapaian atau anugerah sahaja (Peringkat Sekolah/ Daerah/ Negeri/ Kebangsaan).  
  • Isikan juga butiran keahlian/ jawatan bagi sebarang kegiatan persatuan atau pasukan berseragam sekiranya ada. 
  • Klik butang (+) sekiranya terdapat lebih daripada satu kegiatan

Butiran Penajaan Biasiswa/ Pinjaman/ Bantuan Kewangan Lalu

  • Klik ya jika pemohon pernah menerima penajaan Biasiswa/ pinjaman/ bantuan kewangan sebelum ini.   
  • Isikan dengan lengkap semua butiran yang bertanda *
  • Klik teruskan untuk meneruskan permohonan atau simpan sebagai draf sekiranya belum meneruskan permohonan.

BAHAGIAN 7       RINGKASAN PERMOHONAN  

  • Semak ringkasan permohonan yang telah diisi dan pastikan semua maklumat adalah benar, tepat dan betul.
  • Klik pada kotak perakuan, seterusnya hantar.
  • Permohonan yang telah dihantar tidak boleh diubah lagi.  Sekiranya terdapat sebarang kesilapan setelah permohonan dihantar, sila hubungi urus setia BPKNS sebelum tamat tempoh permohonan.
  • Notifikasi permohonan akan dihantar melalui pesanan ringkas (SMS) dan ke alamat emel yang telah didaftarkan.

 

HUBUNGI KAMI

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

Tingkat 9 & 10, Wisma Satok

Jalan Satok, 93400 Kuching Sarawak

 

Talian Am                       : 082-236 325/ 544

Laman Web Rasmi       : www.psc.sarawak.gov.my

Emel                                : bpkns@sarawak.gov.my

 

Urus Setia BPKNS

1.  Catherina ak Jackson Blanda (Ketua Seksyen)

     No. Tel: 082-237 134

     Emel: catherjb@sarawak.gov.my

2.  Jesfer Biah ak Uli

     No. Tel: 082-418 351

     Emel: jesperbu@sarawak.gov.my

3.  Ali bin Mohamad

    No. Tel: 082-237 251

    Emel: alimd1@sarawak.gov.my

4.  Corina ak Bernard

     No. Tel: 082-237 126

     Emel: corina.bernard@sarawak.gov.my

5.   Maltina Malthar ak Robert Tira

      No. Tel: 082-230 514

      Emel: maltinam@sarawak.gov.my

 

NOTA:

Panduan berbentuk video boleh dirujuk di laman web rasmi SPANS, bahagian Galeri (video) atau klik link di bawah:

Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak