Polls
Pengumuman

FAQ eScholarship

1. Apakah itu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)?    

BPKNS merupakan insentif kewangan berbentuk Biasiswa Pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) kepada peribumi Sarawak.


   
2. Apakah syarat-syarat permohonan BPKNS?    

a)        Peribumi Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak;

b)        Telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara;

c)         Terbuka kepada semua kursus pengajian KECUALI PENDIDIKAN dan PERUBATAN sahaja;

d)        Pelajar yang menerima tawaran BPKNS WAJIB MEMBATALKAN bantuan pendidikan yang lain.


   
 3. Bagaimana cara untuk memohon BPKNS?    

Pemohonan BPKNS hendaklah dibuat secara atas talian melalui sistem e-scholarship (https://escholarship.sarawak.gov.my).


   
 4. Bilakah permohonan BPKNS akan dibuka?    

Permohonan BPKNS akan dibuka sekali atau dua kali setahun tertakluk kepada pengumuman keputusan bagi kemasukan ke IPTA peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda.


   
 5. Bagaimana untuk mengetahui BPKNS sudah dibuka untuk permohonan?    

Iklan bagi permohonan BPKNS akan disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan (Utusan Sarawak, Sarawak Tribune dan Sin Chew Daily), hebahan melalui sosial media, laman web SPANS (https://psc.sarawak.gov.my), pengumuman di sistem e-scholarship, hebahan melalui pejabat-pejabat daerah dan IPTA yang terlibat.  Iklan akan dikeluarkan setelah keputusan kemasukan ke IPTA (UPU) diumumkan.


   
6. Berapa lama tempoh permohonan BPKNS dibuka?    

Permohonan BPKNS akan dibuka selama 14 hari termasuk Sabtu dan Ahad.

   
 7. Bagaimana dan berapa lama permohonan BPKNS diproses?    

Pemohon yang berjaya melepasi senarai tapis akan dipanggil untuk ditemu duga di lokasi-lokasi utama seluruh Malaysia.  Permohonan yang tidak mendapat jawapan atau tidak dipanggil ke temu duga dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan ditutup adalah dianggap tidak berjaya. 

   
 8. Adakah pemohon perlu membuat pembelian PIN sebelum permohonan BPKNS?    

Pembelian PIN adalah tidak perlu.  Pemohon hanya perlu mendaftar akaun Sarawak ID dan e-scholarship.

   
 9. Berapakah jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester?    

Jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah BERBEZA mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian.  Sila rujuk jadual berikut:

Peringkat Pengajian

Lokasi Pengajian

Jumlah Per Semester (RM)

 

Diploma

Sarawak

2500

Sabah

2750

Semenanjung Malaysia

2850

 

Ijazah Sarjana Muda

Sarawak

3500

Sabah

3750

Semenanjung Malaysia

3850

Pelajar WAJIB mengemukakan keputusan akademik yang telah disahkan setiap semester bagi tujuan pembayaran semester seterusnya

   
 10. Berapa peratus kadar bayaran balik BPKNS?    

Dimaklumkan bahawa BPKNS merupakan biasiswa pinjaman yang menggabungkan 25% pinjaman dan 75% biasiswa.  Kemudahan bayaran balik 25% daripada jumlah keseluruhan yang diterima akan diberikan kepada pelajar yang lulus pengajian dengan jayanya (Berdasarkan Salinan sijil dan transkrip yang telah disahkan).  Manakala bagi pelajar yang gagal atau menamatkan/ditamatkan penajaan BPKNS, bayaran 100% akan dikenakan.


   
 11. Berapa lama tempoh ansuran bulanan bayaran balik BPKNS?    
 

Tempoh maksimum ansuran bulanan bayaran balik BPKNS adalah selama 60 bulan (5 tahun).


   
 12. Adakah pelajar tajaan BPKNS akan terikat dengan kontrak pekerjaan di bawah Kerajaan Negeri Sarawak?    
 

Tidak, pelajar hanya perlu berkhidmat di dalam negeri Sarawak untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun samada dalam sektor swasta atau awam.


   
 

Nota:

Sila rujuk Perjanjian BPKNS dan Syarat-Syarat Tawaran masing-masing untuk maklumat yang lebih terperinci.