FAQ Pengesahan Dalam Jawatan & Pemberian Taraf Berpencen
| 1. | Bagaimana dan bilakah seseorang penjawat awam boleh disahkan dalam jawatan? | |
| Seseorang kakitangan Perkhidmatan Awam, adalah layak untuk disahkan dalam perkhidmatan apabila: | ||
| (i) Berjaya menjalani tempoh percubaan (percubaan asal atau dilanjutkan) | ||
| (ii) Hadir dengan jayanya kursus Induksi | ||
| (iii) Lulus peperiksaan yang ditetapkan | ||
| (iv) Sokongan daripada Ketua Jabatan | ||
|
Pengesahan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun dan sekiranya dilanjutkan, pengesahan adalah pada tarikh lulus peperiksaan. |
||
| 2. | Apakah yang perlu dilampirkan untuk memperakukan Pemberian Taraf Berpencen? | |
|
(i) Surat perakuan untuk diperakukan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen |
||
| (ii) Borang Opsyen untuk diperakukan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen | ||
| (iii) Surat perakuan pengesahan dalam perkhidmatan. | ||
