FAQ eScholarship
1. | Apakah itu Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)? | |||||||||||||||||||
BPKNS merupakan insentif kewangan berbentuk Biasiswa Pinjaman yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) kepada peribumi Sarawak.
|
||||||||||||||||||||
2. | Apakah syarat-syarat permohonan BPKNS? | |||||||||||||||||||
a) Peribumi Sarawak dan bermastautin tetap di Sarawak; b) Telah mendapat surat tawaran untuk mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara; c) Terbuka kepada semua kursus pengajian KECUALI PENDIDIKAN dan PERUBATAN sahaja; d) Pelajar yang menerima tawaran BPKNS WAJIB MEMBATALKAN bantuan pendidikan yang lain.
|
||||||||||||||||||||
3. | Bagaimana cara untuk memohon BPKNS? | |||||||||||||||||||
Pemohonan BPKNS hendaklah dibuat secara atas talian melalui sistem e-scholarship (https://escholarship.sarawak.gov.my).
|
||||||||||||||||||||
4. | Bilakah permohonan BPKNS akan dibuka? | |||||||||||||||||||
Permohonan BPKNS akan dibuka sekali atau dua kali setahun tertakluk kepada pengumuman keputusan bagi kemasukan ke IPTA peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda. |
||||||||||||||||||||
5. | Bagaimana untuk mengetahui BPKNS sudah dibuka untuk permohonan? | |||||||||||||||||||
Iklan bagi permohonan BPKNS akan disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan (Utusan Sarawak, Sarawak Tribune dan Sin Chew Daily), hebahan melalui sosial media, laman web SPANS (https://psc.sarawak.gov.my), pengumuman di sistem e-scholarship, hebahan melalui pejabat-pejabat daerah dan IPTA yang terlibat. Iklan akan dikeluarkan setelah keputusan kemasukan ke IPTA (UPU) diumumkan.
|
||||||||||||||||||||
6. | Berapa lama tempoh permohonan BPKNS dibuka? | |||||||||||||||||||
Permohonan BPKNS akan dibuka selama 14 hari termasuk Sabtu dan Ahad. |
||||||||||||||||||||
7. | Bagaimana dan berapa lama permohonan BPKNS diproses? | |||||||||||||||||||
Pemohon yang berjaya melepasi senarai tapis akan dipanggil untuk ditemu duga di lokasi-lokasi utama seluruh Malaysia. Permohonan yang tidak mendapat jawapan atau tidak dipanggil ke temu duga dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan ditutup adalah dianggap tidak berjaya. |
||||||||||||||||||||
8. | Adakah pemohon perlu membuat pembelian PIN sebelum permohonan BPKNS? | |||||||||||||||||||
Pembelian PIN adalah tidak perlu. Pemohon hanya perlu mendaftar akaun Sarawak ID dan e-scholarship. |
||||||||||||||||||||
9. | Berapakah jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester? | |||||||||||||||||||
Jumlah pembiayaan BPKNS bagi setiap semester adalah BERBEZA mengikut peringkat pengajian dan lokasi pengajian. Sila rujuk jadual berikut:
Pelajar WAJIB mengemukakan keputusan akademik yang telah disahkan setiap semester bagi tujuan pembayaran semester seterusnya |
||||||||||||||||||||
10. | Berapa peratus kadar bayaran balik BPKNS? | |||||||||||||||||||
Dimaklumkan bahawa BPKNS merupakan biasiswa pinjaman yang menggabungkan 25% pinjaman dan 75% biasiswa. Kemudahan bayaran balik 25% daripada jumlah keseluruhan yang diterima akan diberikan kepada pelajar yang lulus pengajian dengan jayanya (Berdasarkan Salinan sijil dan transkrip yang telah disahkan). Manakala bagi pelajar yang gagal atau menamatkan/ditamatkan penajaan BPKNS, bayaran 100% akan dikenakan. |
||||||||||||||||||||
11. | Berapa lama tempoh ansuran bulanan bayaran balik BPKNS? | |||||||||||||||||||
Tempoh maksimum ansuran bulanan bayaran balik BPKNS adalah selama 60 bulan (5 tahun). |
||||||||||||||||||||
12. | Adakah pelajar tajaan BPKNS akan terikat dengan kontrak pekerjaan di bawah Kerajaan Negeri Sarawak? | |||||||||||||||||||
Tidak, pelajar hanya perlu berkhidmat di dalam negeri Sarawak untuk tempoh tidak kurang dari lima (5) tahun samada dalam sektor swasta atau awam.
|
||||||||||||||||||||
Nota: Sila rujuk Perjanjian BPKNS dan Syarat-Syarat Tawaran masing-masing untuk maklumat yang lebih terperinci. |