Kunjungan hormat kepada Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 12 Jun 2023
Posted on 12 Jun 2023
Source of News: psc
Kunjungan Hormat kepada YBhg. Datuk Noorliza Awang Alip, Datuk Bandar Bandaraya Kota Kinabalu di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai amalan terbaik berhubung Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dari segi pembangunan sumber manusia agensi pihak berkuasa tempatan dan pelaksanaan Smart City di peringkat Sabah.
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.
Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.
Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280) Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351) Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251) Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)