Pendidikan Percuma 2026, Sarawak Bakal Cipta Sejarah
Posted on 16 Jan 2024
Source of News: UKAS SARAWAK
Sarawak bakal mencipta sejarah apabila menjadi negeri pertama di Malaysia yang menawarkan pendidikan percuma kepada semua anak Sarawak menjelang tahun 2026. Perkara itu telah diumumkan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dalam ucapannya sempena perayaan Tahun Baru 2024 yang diadakan di Tebingan Kuching pada 31 Disember lepas.
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.
Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.
Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280) Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351) Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251) Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)