Perutusan Pengerusi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pelantikan saya selaku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak pada 1 Januari 2023 merupakan satu amanah serta tanggungjawab yang besar seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Negeri Sarawak. Justeru, saya mengambil serius bukan sahaja meneruskan usaha-usaha penambahbaikan SPANS tapi juga melaksanakan transformasi SPANS bagi memastikan penjajaran SPANS dengan Post Covid Development Sarawak (PCDS) 2030. Ini selaras dengan ucapan YAB Premier Sarawak:

Saya amat berharap agar Penjawat Awam negeri dapat menjadi pasukan yang berkesan untuk merealisasikan visi mentransformasikan Sarawak menjadi sebuah ekonomi digital dan berupaya mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030. Justeru, peranan Ahli-Ahli Suruhanjaya yang dilantik, kebanyakannya daripada bekas Ketua-Ketua Jabatan samada daripada Kerajaan Negeri mahupun Kerajaan Persekutuan dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing amatlah penting dalam merealisasikan visi tersebut.

Sejak Januari lepas, kita telahpun melaksanakan pelbagai inisiatif termasuklah penyediaan Pelan Strategik SPANS 2023 – 2025, mengadakan lawatan kerja di beberapa agensi peneraju ekonomi baharu Sarawak, mengadakan kursus dan taklimat-taklimat berkaitan bagi meningkatkan pengetahuan dan kompetensi dalam pelbagai bidang serta sesi libat urus bersama pelanggan dan pihak berkepentingan. Adalah diharap dengan adanya keterlibatan dan komitmen yang tinggi oleh semua pihak dapat melonjakkan transformasi SPANS untuk membantu Kerajaan Negeri merealisasikan PCDS 2030.
 
Sekian, Terima Kasih
 

DATU DR. SABARIAH PUTIT
Pengerusi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
 
picture Pengumuman