Iklan Kekosongan Jawatan: Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA)

Posted on 02 Sep 2025

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) mempelawa permohonan daripada Warganegara Malaysia yang merupakan anak kelahiran Negeri Sarawak dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

Jawatan: Penolong Pegawai Tadbir, Gred N5 (JBC)
Bilangan Kekosongan: Dua (2)
Taraf Jawatan: Berasaskan Caruman
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
Jadual Gaji: RM1,650.00 – RM6,620.00

Skop Tugas
Pengurusan dokumen rasmi, penyelarasan mesyuarat, penyediaan laporan, serta sokongan pentadbiran berkaitan hal ehwal perundangan dan operasi pejabat.

Syarat Lantikan:
Calon mestilah memiliki salah satu kelayakan berikut:

  • STPM / STAM / Matrikulasi / Diploma yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu di peringkat SPM (termasuk lulus ujian lisan)

Cara Permohonan:
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui e-Recruitment Sarawak. Calon WAJIB memuat naik dokumen sokongan seperti kad pengenalan, sijil akademik, dan transkrip yang berkaitan.

Tarikh Tutup Permohonan: 18 September 2025

Hanya permohonan lengkap dan memenuhi syarat akan disenarai pendek. Pemohon yang tidak dihubungi dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.

Pautan Dokumen Iklan Jawatan


image Undian
image Pengumuman