PEMAKLUMAN PERJANJIAN NOVASI BPKNS

Posted on 02 May 2025

PEMAKLUMAN PERJANJIAN NOVASI BPKNS

Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.

Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.

Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?

  • Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
  • Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
  • Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.

Bagaimana untuk mendapatkan dokumen?
Pelajar boleh memuat turun Perjanjian Novasi melalui laman web:
Dokumen Berkaitan: Perjanjian Novation untuk BPKNS

qrcode

Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:

Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280)
Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351)
Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251)
Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)

Sekian, harap maklum. Terima kasih!



image Undian
image Pengumuman