Kerja Penyelenggaraan e-Recruitment & e-Scholarship
Disiarkan pada 05 Apr 2024
Salam Sejahtera,
Kami ingin memaklumkan bahawa kerja penyelenggaraan bagi pelayan aplikasi e-Recruitment (erecruitment.sarawak.gov.my) dan e-Scholarship (escholarship.sarawak.gov.my) akan dilakukan pada hari dan tempoh tersebut.
Tarikh : 6hb April 2024 (Sabtu)
Masa : 12:01 pagi hingga 06:00 pagi
Tempoh Masa : 6 Jam
Kami memohon maaf atas kesulitan yang dialami dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna atas kerjasama dan kesabaran anda semasa tempoh tersebut.
PEMAKLUMAN PEMBERHENTIAN SEMENTARA BAYARAN BALIK BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)
Adalah dimaklumkan bahawa Pengurusan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) akan diambil alih oleh Yayasan Sarawak berkuatkuasa 1 Jun 2025. Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) akan menghentikan sementara Perkhidmatan Bayaran Balik BPKNS mulai 1 April 2025 sehingga 31 Mei 2025. Penutupan ini adalah bagi melancarkan proses perpindahan BPKNS kepada Yayasan Sarawak.
Bermula 1 Jun 2025, pembayaran balik boleh dibuat terus kepada Yayasan Sarawak melalui saluran pembayaran disediakan oleh Yayasan Sarawak. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Seksyen Bayaran Balik Yayasan Sarawak di talian 082-441686.