PEMAKLUMAN PEMBERHENTIAN SEMENTARA BAYARAN BALIK BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK (BPKNS)
Posted on 21 Mar 2025
Adalah dimaklumkan bahawa Pengurusan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) akan diambil alih oleh Yayasan Sarawak berkuatkuasa 1 Jun 2025. Sehubungan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) akan menghentikan sementara Perkhidmatan Bayaran Balik BPKNS mulai 1 April 2025 sehingga 31 Mei 2025. Penutupan ini adalah bagi melancarkan proses perpindahan BPKNS kepada Yayasan Sarawak.
Bermula 1 Jun 2025, pembayaran balik boleh dibuat terus kepada Yayasan Sarawak melalui saluran pembayaran disediakan oleh Yayasan Sarawak. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Seksyen Bayaran Balik Yayasan Sarawak di talian 082-441686.
Dengan segala hormatnya, dimaklumkan bahawa berdasarkan Arahan YAB Premier Sarawak, Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) telah diserahkan kepada Yayasan Sarawak pada tahun 2025.
Untuk memastikan kelancaran peralihan pengurusan BPKNS, pihak SPANS telah menyediakan Perjanjian Novasi yang bertujuan memindahkan tanggungjawab dan liabiliti kepada Yayasan Sarawak.
Apa yang perlu dilakukan oleh pelajar?
Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan.
Pelajar dan penjamin hendaklah menandatangani Surat Perjanjian Novasi.
Kesaksian tandatangan boleh dibuat oleh mana-mana pihak termasuk saksi asal dalam Perjanjian Utama.
Pihak SPANS juga akan mengadakan sesi jelajah di beberapa lokasi untuk kompilasi Perjanjian Novasi pada tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Jika terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai seranta berikut:
Cik Julia Ho binti Mohd Jeffri – juliaj1@sarawak.gov.my (Tel: 082-236280) Puan Nur Atikah binti Ramat – nur.atikah@sarawak.gov.my (Tel: 082-418351) Puan Zallina binti Seron – zallinas@sarawak.gov.my (Tel: 082-237251) Puan Nur Asha binti Osman – nurashao@sarawak.gov.my (Tel: 082-230514)