BAYARAN BALIK BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK


BAYARAN BALIK BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK

* Peminjam bertanggungjawab untuk membayar balik jumlah pinjaman BPKNS yang telah diperuntukan kepadanya seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian BPKNS.


* Peminjam hendaklah membuat bayaran balik pinjaman selepas 6 bulan tamat pengajian TANPA perlu menunggu Notis Bayaran Balik daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak.


Kaedah Bayaran Balik Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS)


KAEDAH

KETERANGAN

Bayaran secara tunai


* Kaunter pembayaran di Pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS)

Bayaran secara atas talian

* Melalui http://escholarship.sarawak.gov.my

* Melalui https://paybills.sarawak.gov.my

Pengeluaran Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

* Peminjam perlu membuat permohonan pengeluaran pendidikan ke Pejabat SPANS.

Potongan Gaji

* Potongan gaji bagi kakitangan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Badan Berkanun sahaja.

* Permohonan potongan gaji hendaklah dikemukakan kepada Pejabat SPANS.



Kiriman Wang / Wang Pos / Cek

* Kiriman Wang / Wang Pos / Cek hendaklah dibayar atas nama “KERAJAAN NEGERI SARAWAK”

* Nombor MyKad dan nama anda hendaklah ditulis di belakang Kiriman Wang / Wang Pos / Cek

Alamat pos adalah seperti berikut:

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM NEGERI SARAWAK

TINGKAT 9 & 10, WISMA SATOK,

JALAN SATOK, 93400 KUCHING

 
image Undian
image Pengumuman