Kementerian Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak mempelawa permohonan daripada anak kelahiran Sarawak, warganegara Malaysia yang berdomisil di Sarawak, atau yang bermastautin secara tetap di Sarawak, bagi mengisi pelbagai kekosongan jawatan di kementerian ini.
Cara Permohonan: Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui laman web rasmi: https://erecruitment.sarawak.gov.my
Langkah Permohonan:
Daftar Sarawak ID dihttps://sarawakid.sarawak.gov.my
Wujudkan akaun e-Recruitment (bagi pemohon kali pertama)
Kemaskini maklumat peribadi (bagi pemohon sedia ada)
Mohon jawatan berdasarkan kelayakan akademik
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu:
Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM/SVM atau setaraf
Bagi pemohon UEC, hanya perlu lulus Bahasa Melayu di peringkat SPM untuk lantikan pertama
Tarikh Tutup Permohonan: 29 Ogos 2025
Pautan PDF Iklan