Polls
Announcements

Berita

Ujian Saringan Air Kencing oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak
Tarikh : 12 Jan 2021
 

Ujian Saringan Air Kencing dijalankan pada 12 Januari 2021 pada jam 2.30 petang oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sarawak (AADK). Sebelum bermulanya ujian saringan, wakil AADK memberi penerangan tentang cara-cara yang betul agar sesi saringan berjalan dengan lancar. Majlis pemberian cenderahati kepada wakil AADK disampaikan oleh Tuan Setiausaha, Encik Fathi Bin Haji Hambali seusai kesemua warga SPANS telah mengambil ujian saringan air kencing tersebut.