Polls
Announcements

Berita

Perjumpaan Kakitangan SPANS bersama Setiausaha serta Anugerah Integriti 2020
Tarikh : 12 Jan 2021
 

Perjumpaan Kakitangan SPANS bersama Setiausaha diadakan pada 12 Januari 2021 bertempat di Bilik Mesyuarat SPANS, jam 10 pagi. Seterusnya, majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Integriti diketuai oleh Encik Ali Bin Mohamad. Anugerah Integriti turut dilaksanakan sejurus bacaan ikrar selesai. Tahniah diucapkan kepada Encik Khairul Ridza Bin Haji Wahed dan Cik Julipah Binti Sutiman atas penerimaan Anugerah Integriti 2020. Penghargaan juga diberikan kepada Encik Ali Bin Mohamad dan Puan Simbah Anak Libu atas pencapaian Anugerah Integriti 2019 yang lalu.

 

Majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan khairat kematian daripada warga SPANS dan kelab KRDS kepada Puan Zallina Binti Seron atas pemergian ayahanda beliau pada 26 Disember yang lalu.