Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya jua dapat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak (SPANS) menyediakan portal ini sebagai salah satu cabang perkhidmatan kami kepada pengguna.
Sesungguhnya, dengan terbinanya portal ini, para pengguna akan mendapat faedah mengenai maklumat-maklumat terkini, iklan-iklan jawatan kosong serta aktiviti-aktiviti yang sedang dijalankan oleh Suruhanjaya dalam usaha SPANS mempertingkatkan mutu perkhidmatan kepada para pelanggan.
Suruhanjaya akan sentiasa mengemaskinikan maklumat-maklumat yang terdapat dalam portal ini dari semasa ke semasa. Terdapat juga aplikasi-aplikasi talian terus lain yang disediakan kepada para pengguna bagi kemudahan mereka seperti memohon pekerjaan dan biasiswa pinjaman secara atas talian, membuat carian dan rujukan seperti maklumat, panduan, statistik, berita dan pengumuman terkini dan sebagainya.
Akhir kata, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sarawak kerana menyediakan khidmat pelayan perumah (server hosting) kepada kami serta lain-lain pihak yang turut terlibat dalam membangunkan laman web ini. Diharapkan kerjasama sebegini dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang.
Sekian dan Selamat Melayari Laman Web SPANS. |