Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Portal Rasmi
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak
 
 
Kemaskini Pada: 28 Feb 2020
Versi 8.3.0
 
Pengesahan Dalam Jawatan & Pemberian Taraf BerpencenPengesahan Dalam Jawatan & Pemberian Taraf Berpencen
Pengesahan Dalam Jawatan & Pemberian Taraf Berpencen
1. Bagaimana dan bilakah seseorang penjawat awam boleh disahkan dalam jawatan?
J. Seseorang kakitangan Perkhidmatan Awam, adalah layak untuk disahkan dalam perkhidmatan apabila:
(i) Berjaya menjalani tempoh percubaan (percubaan asal atau  dilanjutkan)
(ii) Hadir dengan jayanya kursus Induksi
(iii) Lulus peperiksaan yang ditetapkan
(iv) Sokongan daripada Ketua Jabatan

Pengesahan dapat diperakukan dalam tempoh percubaan 1 hingga 3 tahun dan sekiranya dilanjutkan, pengesahan adalah pada tarikh lulus peperiksaan.

2. Apakah yang perlu dilampirkan untuk memperakukan Pemberian Taraf Berpencen?
J.

(i) Surat perakuan untuk diperakukan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen

(ii) Borang Opsyen untuk diperakukan dalam perkhidmatan dan pemberian taraf berpencen
(iii) Surat perakuan pengesahan dalam perkhidmatan.