BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 20 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Pengumuman
BIASISWA PINJAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK 2017/2018
Dipaparkan pada 11 Aug 2017



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak mempelawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam untuk memohon Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak (BPKNS) Sesi 2017/2018.

Syarat-Syarat Tawaran

(i) Merupakan Warganegara Malaysia dan pemastautin tetap di Sarawak.

(ii) Sedang mengikuti pengajian bagi kursus-kursus di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Intitusi Pengajian Tinggi Awam sahaja.

(iii) Pegawai-pegawai Perkhidmatan Awam/ Badan Berkanun yang bercuti belajar dan menerima Separuh Gaji atau Bergaji Penuh adalah TIDAK LAYAK memohon.

Cara Permohonan

(i) Semua permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui di laman web http://escholarship.sarawak.gov.my

(ii) Permohonan secara dalam talian yang telah diisi hendaklah lengkap dan tepat seperti yang tercatat dalam dokumen dan sijil asal.

(iii) Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat akan DITOLAK.

Bidang-Bidang Pengajian Tajaan

Bil.

Bidang

1.

Kejuruteraan

2.

Sains dan Sains Gunaan

3.

Undang-undang

4.

Pengurusan

5.

Ekonomi dan Perniagaan

6.

Sains Sosial

7.

Teknologi Maklumat

Tempoh Permohonan

(i) Tempoh permohonan adalah dari 13 Ogos 2017 sehingga 26 Ogos 2017.

(ii) Pemohon yang disenarai pendek sahaja akan dihubungi untuk temuduga. Mereka yang tidak dihubungi dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.


www.psc.sarawak.gov.my / http://escholarship.sarawak.gov.my
082-236325 / 082-236554