1. |
Bagaimana Permohonan Boleh Dibuat |
|
Permohonan dibuat secara percuma dengan mengemukakan permohonan SECARA TALIAN (ONLINE) melalui laman web http://esholarship.sarawak.gov.my
|
|
Laman web yang boleh dilayari ialah :-
|
|
a) http://www.psc.sarawak.gov.my b) http://www.sarawak.gov.my
|
2 |
Bila Permohonan Dibuka |
|
Iklan bagi permohonan akan dikeluarkan selepas keputusan bagi tawaran kemasukan ke IPTA diterima. Sila rujuk iklan melalui akhbar-akhbar tempatan atau melayari laman web seperti di para. 1 dari semasa ke semasa. |
|
|
|
3 |
Tarikh Tutup Permohonan |
|
Sila semak tarikh tutup permohonan melalui laman web http://escholarship.sarawak.gov.my atau melalui iklan ang diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan.
|
|
|
4 |
Syarat Permohonan |
|
Tawaran Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak adalah terbuka kepada para pelajar baru yang melanjutkan pelajaran atau yang sedang dalam pengajian di mana-mana institute pengajian tinggi awam. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak selaku urusetia akan mempertimbangkan permohonan bagi pemberian biasiswa pinjaman kepada pelajar yang memenuhi syarat-syarat berikut:-
|
|
|
- Merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin tetap di Negeri Sarawak
- Hanya terbuka kepada pelajar sepenuh masa sahaja
- Terbuka kepada pengajian di peringkat Diploma dan Sarjana Muda sahaja
- Telah mendapat Surat Tawaran daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
- Pemohon yang sudah ada Penaja Tidak Layak Memohon, dan
- Mengikut Terma dan Syarat yang dikeluarkan dari semasa ke semasa
|
|
Kadar biasiswa merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Elaun Pengangkutan dan Elaun Buku, Pakaian dan lain – lain. |
|
|
|
5 |
Cara Memohon |
|
5.1
|
Buka pelayar laman web dan taipkan alamat web berikut: http://escholarship.sarawak.gov.my;
|
|
5.2
|
Untuk mendaftar, klik pada log masuk ”Pemohon Baru” untuk mendaftar;
|
|
5.3 |
Masukkan maklumat di dalam borang pendaftaran; Maklumat Peribadi dan klik butang ”Simpan” untuk mendaftar;
Sila tunggu pengesahan pendaftaran anda. Jika berjaya anda akan dimaklumkan serta merta.
|
|
5.4
|
Setelah pendaftaran berjaya, log masuk menggunakan ”ID Pemohon” dan ”Kata Laluan” pada Daftar Masuk dan klik ”Masuk”;
|
|
5.5
|
Klik pada ”Butiran Pemohon” dan lengkapkan borang pendaftaran seperti berikut:
|
|
|
- Maklumat Peribadi Pemohon
- Butiran Persekolahan/Pengajian Tinggi Yang Lalu (Yang berkenaan sahaja)
- Butiran Pinjaman Biasiswa/Pinjaman/Bantuan Kewangan lalu
- Butiran Pernah Berhenti/Diberhentikan dari Pengajian (sekiranya ada)
|
|
5.6
|
Klik pada ”Butiran Keluarga/Isirumah” dan lengkapkan borang Tanggungan Ibubapa/Penjaga Pemohon Sendiri dan Butiran Isi Rumah Yang Bekerja;
|
|
5.7
|
Klik pada ”Permohonan” dan jika ada tawaran permohonan dibuka, klik pada ”Permohonan Baru”. Lengkapkan borang pendaftaran permohonan dan klik ”Simpan”;
|
|
5.8 |
Pastikan anda sentiasa menyemak ”Semak Status Permohonan” untuk melihat status permohonan anda. |
|
|
|