BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 17 Dis 2017
Versi 8.0.2c
FAQ e-RecruitmentFAQ e-Recruitment
  Sistem e-Recruitment
1. Bagaimana memohon jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Tempatan?
J. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) melalui laman web http://erecruitment.sarawak.gov.my. Sila rujuk 'Bahagian Syarat dan Cara Memohon' yang disediakan dalam talian.
2. Adakah calon perlu memohon semula sekiranya ada jawatan kosong diiklankan melalui sistem e-Recruitment ataupun akhbar tempatan walaupun pemohon telah menyatakan jawatan yang diminati melalui 'Permohonan Jawatan Sepanjang Masa' semasa mendaftar?
J. Tidak. Pemohon tidak perlu memohon semula sekiranya jawatan kosong yang diiklankan sama dengan jawatan yang telah didaftarkan dalam 'Permohonan Jawatan Sepanjang Masa'. Pemohon yang telah mendaftar tetapi tidak memohon jawatan kosong yang disenaraikan boleh mengemaskini permohonan jawatan melalui akaun e-Recruitment masing-masing. Bagi mereka yang belum mendaftar dan berminat memohon jawatan kosong yang diiklankan, perlu terlebih dahulu mengemukakan pendaftaran yang lengkap secara atas talian.
3. Apakah yang pemohon perlu lakukan sekiranya terlupa kata laluan Sistem e-Recruitment?
J. Sila klik butang 'Lupa Kata Laluan' dan isikan nombor kad pengenalan. Seterusnya klik butang 'Hantar'. Kata laluan baru akan diemelkan terus kepada pemohon ke alamat emel yang didaftarkan. Sekiranya emel yang didaftarkan tidak lagi aktif dan pemohon tidak lagi menggunakan alamat emel tersebut, pemohon boleh menghubungi Sains Call Centre' di talian 1-300-88-7246 untuk mengemaskini alamat emel yang baru.
4. Adakah pemohon perlu mengemukakan salinan sijil/dokumen yang telah disahkan sekiranya memohon secara atas talian (online)?
J.

Penghantaran sijil/dokumen bergantung dengan jawatan yang diiklankan. Sekiranya pemohon dipanggil temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak iaitu nombor rujukan bermula dengan huruf 'S', contohnya S01A2014, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang sijil/dokumen. Pemohon hanya dikehendaki mengemukakan sijil/dokumen HANYA sekiranya dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Untuk pemohon yang dipanggil temuduga oleh jabatan/kementerian lain, iaitu nombor iklan bagi jawatan yang diiklankan bermula dengan huruf 'J', contohnya J01A2014, pemohon dikehendaki merujuk kepada jabatan/agensi yang memproses kekosongan jawatan. Terdapat jabatan/kementerian yang memerlukan pemohon mengemukakan sijil/dokumen ke jabatan/kementerian setelah memohon jawatan secara atas talian (online) dan sebaliknya.
5. Apakah itu status 'Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan' dan kenapakah saya tidak memenuhi kriteria tapisan sedangkan saya memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim permohonan jawatan yang dipohon?
J. Status 'Tidak Memenuhi Kriteria Tapisan' bermaksud calon tidak melepasi tapisan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya atau jabatan yang melantik. Walaupun terdapat calon memenuhi syarat asas yang ditetapkan dalam satu-satu skim perkhidmatan jawatan tetapi sekiranya kekosongan untuk jawatan tersebut tidak banyak dan terlalu ramai pemohon yang layak, tapisan tambahan akan dilakukan dan kriteria diperketatkan untuk mendapatkan jumlah calon yang bersesuaian dengan jumlah kekosongan yang ada.