BM  | EN
Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Kemaskini Pada: 17 Dis 2017
Versi 8.0.2c
Penyediaan Dokumen/SijilPenyediaan Dokumen/Sijil

1. Calon-calon yang dipanggil temuduga dikehendaki membawa bersama-sama dokumen seperti dibawah :-
(Calon-calon dinasihatkan untuk menyusun dokumen mengikut turutan dibawah dan sebaik-baiknya memasukkan semua dokumen ke dalam "CLEAR FOLDER")

(a) Gambar Berukuran Passport
(b) Kad Pengenalan
(c) Sijil Lahir
(d) Sijil-sijil Akademik
(e) Sijil Berhenti Sekolah
(f) Lain-lain Dokumen/Sijil yang perlu dan ada kaitan dengan permohonan (Jika ada)

 

2. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan dan mengemukakan semua dokumen diatas dan dokumen berikut:-

(a) Surat permohonan jawatan kosong melalui Ketua Jabatan serta ulasan sama ada beliau menyokong permohonan tersebut atau tidak
(b) Satu salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini.
(c) Laporan penilaian prestasi tahunan terkini.



3. Adalah ditegaskan bahawa dokumen-dokumen yang dinyatakan di atas adalah sangat MUSTAHAK. Tanpa dokumen-dokumen tersebut calon tidak dibenarkan menghadiri sesi temu duga dan permohonan jawatan tersebut tidak akan dipertimbangkan dan seterusnya ditolak.

4. Calon-calon dikehendaki berpakaian kemas bersesuaian dengan imej Anggota Perkhidmatan Awam.

5. Sekiranya calon gagal menghadirkan diri pada tarikh temu duga ini tanpa makluman lebih awal maka calon dianggap menolak tawaran temu duga tersebut dan sebarang rayuan tidak akan di layan.

6. Segala perbelanjaan dan tuntutan berhubung dengan temu duga ini adalah dibawah tanggungan calon sendiri.